Dah Diet Tapi Berat Badan Tak Turun atau Statik, Ketahui Punca!

Dah Diet Tapi Berat Badan Tak Turun atau Statik, Ketahui Punca! | Apabila korang hendak berdiet, berdietlah dengan berilmu. Kalau tanpa ilmu pon memang akan berlakunya penurunan berat badan juga. Tapi pada mereka yang dah selalu mengamalkan diet pasti tahu atau mungkin ada yang tidak tahu sehingga sekarang iaitu berat badan setiap hari akan makin turun sikit dan sampai pada satu tahap akan menjadi statik je. Berat badan korang dah tak akan mengalami penurunan lagi walaupun masih berdiet.

 "Saya dah pernah buat diet atkins, diet telur, diet suku-suku separuh dan segala jenis diet tetapi berat badan tak turun pon."

"Saya dah turun beberapa kilo, tapi lama kelamaan, berat saya statik je. Tak capai lagi berat badan yang diidamkan."

Pernahkah korang mengalami salah satu situasi seperti di atas? 

Korang tahu tak, penurunan berat badan korang, pada awalnya adalah datang daripada air, gula dan garam yang ada di dalam badan. Tetapi lemak masih kekal di dalam badan korang. Inilah puncanya berat badan tak turun atau statik walaupun korang berdiet.

Untuk makluman korang, terdapat 3 jenis kegemukan yang berkait rapat dengan diet dan penurunan berat badan. Jom kenali ciri-ciri kegemukan korang dan cara perlu dilakukan untuk menurunkan berat badan. Korang berada di dalam kategori mana?

Sumber Google


3 Jenis Gemuk yang Perlu Diketahui dan Cara Penurunan Berat Badan

Terdapat 3 jenis kegemukan yang perlu korang diketahui iaitu gemuk air, gemuk angin dan gemuk daging. Apakah ciri-ciri dan cara mengatasi masalah ini untuk mendapatkan berat yang diidamkan?

Ciri-ciri Gemuk Air

Pernah tak korang lihat tubuh rakan korang yang gemuk dan lemaknya lembik serta menggeleber? Bila berjalan pantas atau berlari nampak bergoyang-goyang. Ini merupakan gemuk air. Satu lagi cara untuk kenal pasti gemuk air ini ialah dengan menimbang berat badan pada waktu pagi dan malam. Sekiranya berlaku perubahan berat sekitar satu hingga dua kilogram di antara pagi dan malam, betullah anggapan yang ini merupakan gemuk air. Kebanyakan yang mengalami jenis gemuk air adalah dari golongan anak dara, wanita belum berkahwin atau yang baru lepas melahirkan anak. Berita baiknya, kategori gemuk ini lebih senang kurus berbanding gemuk lemak.

Sebab Terjadinya Gemuk Air :
• Perubahan tekanan di dalam kapilari atau masalah dinding kapilari bocor sehingga menyebabkan air terkumpul di dalam tisu dan membengkak.
• Sewaktu kehamilan atau menstruasi
• Kurang bersenam
• Kegagalan buah pinggang
• Pengambilan vitamin B yang tidak mencukupi
• Kekurangan protein yang serius
• Kegagalan fungsi jantung menyebabkan ia bekerja lebih kuat. Tekanan ini menyebabkan masalah kegemukan air di bahagian tapak kaki, betis dan paru-paru.
• Banyak mengambil makanan tinggi sodium (garam) dan gula
• Pengambilan ubat-ubatan seperti terapi penggantian hormon, pil perancang keluarga dan sebagainya.

Apa yang harus dilakukan oleh mereka yang gemuk air?

• Ambil lebih makanan yang mengandungi fiber atau serat. Paling mudah buah-buahan dan sayur-sayuran. Serat akan 'menarik' air semasa penghadaman.
• Kurangkan garam jika diambil berlebihan akan menyerap air. Jangan lebih dari 2.5 g sehari.
• Tingkatkan senaman untuk keluarkan peluh.
• Banyakkan minum air - untuk keluarkan  air.
• Sauna- cara ini juga membantu membuang air berlebihan.

Ciri-ciri Gemuk Angin

• Kerap sendawa atau kentut
• Mudah loya, sakit kepala dan migrain serta sebu perut
• Pantang salah makan, mudah mendapat angin satu badan
• Gemuk angin adalah seperti gemuk air. 
• Mudah untuk kurus. 
• Perut sangat sensitif dan kena berhati-hati memilih makanan. 
• Badan jenis gemuk angin cenderung sembab tetapi lampung bila dipicit. Apabila kurus, badan kelihatan kecut.
• Pengambilan makanan tinggi protein bagus untuk membina otot semula.

Ciri-ciri Gemuk Daging

• Badan berasa berat dan pejal.
• Mudah penat melakukan tugas harian.
• Badan dan otot terasa pejal bila di pegang.
• Gemuk daging jenis gemuk ini agak susah nak turunkan berat badan dan mengambil masa yang lama nak capai berat badan ideal. 
• Apabila kurus badan korang tidak mengalami lebihan daging yg terlalu ketara.
• Jika bersenam, ada yang akan alami penurunan berat badan tak ketara. Tetapi hakikatnya mengalami penurunan yang ketara jika dilihat dari mata kasar.
• Jika kita kehilangan otot dan bukannya lemak, kita akan cenderung cepat gemuk semula dan kelihatan flabby.

Sumber Google 

Dah baca dah jenis-jenis gemuk seperti yang Min share di atas? Korang dalam kategori mana? Dah faham kenapa walaupun dah berdiet berat badan tak turun atau sampai satu masa berat badan korang dah statik? Next entri Min akan share bagaimana cara nak turunkan badan bagi korang yang berada dalam ciri-ciri gemuk daging dan berat badan yang dah lama statik tu.  

Post a Comment

0 Comments