Pengalaman Period Tapi Mengandung, 3 Sebab Mengapa Boleh Berlaku

Pengalaman Period Tapi Mengandung, 3 Sebab Mengapa Boleh Berlaku | Terdapat kes di mana wanita yang mengandung tetapi datang darah. Kalau dah mengandung bagaimana 'darah bulan' ini boleh datang? Kerana itu, adalah penting untuk wanita tahu kenapa ini boleh berlaku. Setidaknya dapat hilangkan kekeliruan antara darah haid dan pendarahan lain.

Haid (atau period) akan terhenti apabila seseorang wanita itu hamil. Haid yang tidak datang ini boleh dijadikan petunjuk sama ada si wanita itu hamil ataupun tidak. Tapi, jangan terkejut kerana masih ada wanita yang tetap datang period tapi mengandung. 

Period Tapi Mengandung

Positif Hamil Tapi Haid! Ini Sebab-Sebabnya 

Tanda awal kehamilan ada bermacam cara. Ada yang terus muntah-muntah dan ada juga yang 'turun darah'. Kelihatan seperti simptom period tapi sebenarnya itu adalah tanda awal sedang mula mengandung. Sebab itu ramai wanita keliru. Ingatkan tidak mengandung rupanya positif hamil tapi seperti sedang 'datang haid'.

“Haid ringan” atau tompokan darah semasa hamil boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Period tapi mengandung boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti :

1. Pensenyawaan berlaku ketika terlalu hampir dengan tarikh datang haid

2. Ovum yang sedang menanamkan 'dirinya' di dinding rahim telah menyebabkan pendarahan berlaku.

Period Tapi Mengandung

3. Sudah mula mengandung tapi sedang mengalami keguguran 


Pengalaman Period Tapi Mengandung

Puan Siti Awadah yang merupakan seorang blogger (www.sishawa.com), beliau pernah mengalami keadaan period tapi mengandung ini. Pada waktu itu, beliau sedang hamilkan anak ke dua. Beliau yang semasa itu tinggal di Kajang, telah mendapat rawatan dan pemeriksaan dari Hospital Kajang.

Beliau saat itu sedang datang bulan tetapi dalam masa yang sama, terdapat simptom seperti sedang hamil. Antaranya mengalami muntah-muntah, tidak sedap badan dan demam. Pada mulanya beliau anggap itu semua sebagai simptom biasa kerana datang bulan, jadi dibiarkan saja. 

Apa yang menghairankan, 'darah' yang datang tidak seperti haid normal. Darah ini berwarna merah terang dan tidak datang dalam jumlah yang banyak sekaligus. Sebaliknya ia turun sedikit demi sedikit dan pada pad, ia kelihatan seperti tompokan.

Period Tapi Mengandung
- Sumber Google, sekadar gambar hiasan - 


Menyedari keadaan yang agak pelik dari biasa, Puan Siti Awadah segera merujuk ke hospital dengan ditemani oleh suaminya. Setelah membuat pemeriksaan air kencing, beliau disahkan hamil dan setelah dibuat ultrasound, doktor mendapati terdapat dua kantung. Ini bermakna besar kemungkinan ia adalah kehamilan kembar.

Walaubagaimanapun, satu daripada dua kantung tersebut kelihatan jauh lebih kecil dan satu lagi kantung dalam keadaan saiz yang sepatutnya. Dari situ, doktor membuat kesimpulan yang salah satu daripada 'baby' tersebut sedang mengalami keguguran. Manakala satu lagi 'baby' sedang membesar dengan sihat. 

Ekoran dari keadaan itu, doktor membuat pemeriksaan berkala terhadap kandungan Puan Siti Awadah, dalam masa yang sama doktor membekalkan vitamin yang sepatutnya supaya rahim terus kuat untuk teruskan kandungan. 

Period Tapi Mengandung

Beberapa bulan selepas itu, keadaan semakin baik. Darah yang turun sudah berhenti sepenuhnya. Dan doktor turut memberitahu yang kantung kedua itu sudah tidak ada lagi. Ini bermakna, keguguran secara semulajadi itu sudah selesai dengan bantuan 'baby' yang masih ada di dalam kandungan, membesar bak juara.

Walaupun sedikit sedih dengan keadaan ini. Kehilangan salah satu 'baby' yang sepatutnya lahir secara kembar. Tapi, Puan Siti Awadah menganggap ini semua adalah perancangan Allah SWT yang paling baik. Mungkin, baby itu memang sudah tidak sihat dan jika lahir sekalipun mungkin tidak dapat bertahan lama.

Maka, Puan Siti Awadah anggap Allah SWT sedang menjaga hatinya dari terpaksa menahan ujian yang memang dia sendiri tidak mampu nak tanggung. 

Hamil Tapi Haid Seperti Biasa, Jangan Pandang Remeh

Pengalaman hamil tapi haid banyak ini, jangan dipandang remeh. Tubuh setiap wanita itu tidak sama dan boleh berubah tiap kali ada sebarang perubahan seperti hormon dan sebagainya. Walau datang bulan jangan terus anggap tidak mengandung. Adalah lebih baik jika check sendiri menggunakan UPT.

Selalunya keputusan UPT ini tepat. Cuma jika usia kehamilan masih ditahap terlalu awal, line pada UPT akan kelihatan sangat kabur. Ini menyebabkan kadangkala, para ibu terlepas pandang kerana tidak nampak dengan jelas line kabur itu.

Akibatnya, ada yang terpaksa mengalami pengalaman UPT negatif tapi mengandung kerana salah faham.




Post a Comment

8 Comments

  1. WOW! Thanks for the amazing information. I didn't expect this to actually happen even after a woman is pregnant. Thanks for sharing this valuable knowledge.

    ReplyDelete
  2. walaupun tak faham sangat tapi very informative. kalau dah kahwin nanti maybe helps a lot . thank you for sharing! boleh buat rujukan untuk masa akan datang

    ReplyDelete
  3. Informasi yang sangat bagus untuk ibu yang sedang mengandung. Zaman sis dah berlalu dah ni.

    ReplyDelete
  4. betul kadang jadi keliru, tapi tu la kalau rezeki tak kemana. mudah2an saya pun dapat merasa mengandung. insha'Allah

    ReplyDelete
  5. This is such a good information. Mesti ada yang menganggap ianya perkara remeh kan. Thanks for the sharing

    ReplyDelete
  6. Good sharing! Ya kekadang kita pun tak berapa pasti so memang kena terus refer pada yang pakar.

    ReplyDelete
  7. Very good information for those yang expecting to be mother soon or father to be kan.. yes, rujuk pakar is very important untuk dapatkan nasihat dari pakar..bukan untuk pregnancy saja but semuanya kan..

    ReplyDelete
  8. Baru tau hamil dan period..bagus la sharing ni semua..banyak kene belajr lagi ni

    ReplyDelete