Sakit Tak Pasang IUCD? Ibu ini Kongsikan Pengalaman Semasa Menjalani Prosedur Memasang IUCD

Sakit Tak Pasang IUCD? Ibu ini Kongsikan Pengalaman Semasa Menjalani Prosedur Memasang IUCD | Seramkan apabila membaca kisah ibu-ibu yang memasang IUCD? Min ada juga terbaca mengenai ibu yang memasang IUCD tapi masih lagi mengandung. Tujuan kita memakai alat perancang mencegah kehamilan adalah untuk elakkan daripada mengandung, tetapi mengandung juga. Di mana silapnya? Hanya anda dan doktor anda sahaja yang mengetahuinya. 

Apabila kita membaca pengalaman ibu tentang memasang IUCD bagi merancang keluarga selepas bersalin, majoriti ibu-ibu yang baru melahirkan sedikit sebanyak mengugat keputusan mereka untuk memasang IUCD sebagai alat perancang keluarga. Bermacam-macam pengalaman para ibu yang dikongsi di laman-laman sosial mengenai IUCD. Jika terdapat 1001 orang ibu yang berkongsi pengalaman mereka, 1001 macamlah pengalaman yang berbeza-beza yang dialami oleh ibu-ibu ini. 

Di sini Min kongsikan pengalaman seorang ibu iaitu Puan Hazirah Hj Hamzah yang telah memasang IUCD di salah sebuah klinik kesihatan melalui Facebook personal miliknya. Menurut ibu ini, sebelum ini ramai yang memintanya untuk kongsikan pengalaman memasang IUCD dan ada juga yang bertanya adakah memasang IUCD tidak dikenakan bayaran? Jadi, di sini, Puan Hazirah berkongsi serba sedikit pengetahuan dan pengalamannya tentang pemasangan alat IUCD.

Sumber Google 


Apa itu IUCD? 

Intrauterine Contraceptive Device atau singkatannya IUCD merupakan alat mencegah kehamilan yang dipasang di rahim wanita. IUCD ini berbentuk seperti huruf "T".

Jenis IUCD yang Perlu Diketahui

Jenis IUCD di Klinik KKM adalah non-hormonal. Tiada hormon dan bertahan selama 3 tahun. Bentuknya seperti dalam gambar yang bergigi tu. Tetapi jika mahu buka selepas 2 tahun pun tiada masalah. Bila tiada hormon, kita tak perlu risau akan ganggu pengeluaran susu ataupun perubahan hormon badan.

Bagi IUCD yang ada hormon pula, boleh bertahan sehingga 5 tahun tetapi tiada di klinik KKM. 

Sumber Google

Apa yang Perlu Para Ibu Ketahui tentang Proses Pemasangan IUCD?

#1 Bayaran

Bayaran di Klinik Kesihatan untuk IUCD dan pap smear hanya RM1 sahaja.

#2 Masa yang sesuai memasang IUCD

Semasa bawa baby cucuk sebulan atau 2 bulan kita dah boleh request kepada nurse untuk memasang IUCD. Nurse akan beri appoinment pada ibu-ibu untuk menjalankan prosedur. 

Para ibu sebaiknya memasang IUCD selepas habis pantang. Selalunya doktor akan melakukan prosedur pada hari kitaran haid hampir tamat. Tetapi tiada masalah untuk memasang IUCD ketika haid belum datang. Semasa haid, pangkal rahim ibu-ibu akan sedikit terbuka. So kuranglah sakit nak pasang IUCD dalam rahim.

#3 Prosedur Memasang IUCD

Prosedur hanya mengambil masa 5 sehingga ke 10 minit jika kita bekerjasama. Tapi kalau dok keras badan boleh jadi hingga 30 minit sehingga ke sejam.

Bagaimana Cara IUCD Dipasang? 

Ini adalah prosedur yang akan anda alami jika memasang IUCD :
1) Doktor akan masukkan speculum (muncung itik)
2) Doktor ambil sedikit tisu rahim. Ini untuk ujian pap smear.
3) Kemudian doktor akan masukkan alat untuk ukur panjang rahim dahulu.
4) Barulah IUCD di masukkan ke dalam rahim. 
5) Doktor buat scan ultrasound untuk pastikan kedudukan IUCD di kedudukan yang tepat.

Sumber Google


Apa yang Perlu Diketahui Setelah Memakai IUCD?

#1 Pemeriksaan berkala

Doktor/nurse akan berikan tarikh temujanji untuk pemeriksaan berkala selepas pemasangan IUCD pada setiap 6 bulan untuk pastikan kedudukannya masih tetap dan juga memeriksa kesihatan kita.

#2 Aktiviti Seharian

Ada yang bertanya, bagaimana dengan wanita bekerja dan beraktiviti lasak? Adakah boleh memberi kesan kepada kedudukan IUCD? Puan Hazirah telah refer pada beberapa orang doktor termasuklah doktor pakar berkenaan perkara ini. 

Doktor menyatakan jika kita berlari, hiking atau melakukan apa-apa aktiviti yang lasak, tidak akan menganggu kedudukan IUCD. Walau apapun kita perlu sentiasa periksa sama ada masih ada benang ataupun tidak. Jika selepas melakukan pemeriksaan sendiri didapati tiada benang, cepat-cepatlah datang ke klinik.

Sumber Google


Pengalaman Puan Hazirah Memasang IUCD

Pada pendapat Puan Hazirah, pengalaman memasang IUCD ni adalah lebih kurang sama seperti beranak normal. Mungkin anda akan terasa sedikit sakit sewaktu speculum dimasukkan. Menurut Puan Hazirah, prosedur melakukan pap smear dan pemasangan IUCD tak sakit. Tanpa disedari, prosedur memasang dah siap dilakukan. Cuma Puan Hazirah berkata rasa macam sengugut kecil selepas pasang IUCD. Pada hari ke 2 selepas pemasangan, Puan Hazirah sudah tak rasa sengugut. Puan Hazirah juga mengalami sedikit bleeding selepas memasang IUCD. 

Setakat ini sahaja yang dapat dikongsikan oleh Puan Hazirah mengenai pengalaman dan pengetahuan mengenai IUCD. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu kepada mereka yang ingin memilih IUCD sebagai alat perancang keluarga.

Sumber Facebook Puan Hazirah

IUCD sebagai Pilihan Merancang Kehamilan

Pada pendapat Min, bagi membuat keputusan untuk memasang IUCD atau tidak, ianya adalah terletak pada ibu-ibu sendiri. Keadaan badan dan cara hidup kita lain-lain. Doktor yang melakukan pemasangan IUCD pada anda pon berbeza-beza. Makanya, anda akan melalui pengalaman yang berbeza dengan ibu-ibu yang lain. Jangan disebabkan takut setelah membaca kisah-kisah seram mengenai IUCD, anda mengambil keputusan untuk tidak langsung untuk mencuba memasang IUCD.

Tiada masalah jika kita hendak membaca pengalaman ibu-ibu lain dan mendapatkan rujukan mengenai memasang IUCD. Apa jua perancang yang anda hendak pilih, mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri. Selagi bukan kita yang mengalaminya sendiri, kita tidak tahu apa yang kita akan hadapi setelah memasang IUCD. Tak semuanya tak indah tentang memakai IUCD. Min sendiri pon sehingga sekarang memakai IUCD dan ini merupakan kali kedua Min guna IUCD. 

Semoga kisah yang dikongsikan ini, anda berani untuk membuat keputusan dalam memilih IUCD sebagai alat merancang kehamilan. 

Post a Comment

9 Comments

  1. Diantara cara mencegah kehamilan yang mudah dan kita mampu buat adalah IUCD. Memula memang takut. Seram sejuk tauuu. Hehehe. Lama-lama dah ok dah. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Sis apa2 yang kena buat torehan ke kena masukkan ke dalam ke tetap seram. Tapi tulah chances untuk kehamilan masih ada juga walau pakai IUCD ni. O&G sis yang bagitau.

    ReplyDelete
  3. Pernah baca tentang IUCD ni dengan kaedah hormon. Okla kalau bg kerjasama kejap je prosedur kan. Tq for the info.

    ReplyDelete
  4. Knowledge yang good to know untuk future reference. Pernah baca tentang IUCD ni but introduction jer la fungsi dia dan sebagainya.. This one from the experience of the user itself.. (Y)

    ReplyDelete
  5. saya setuju bab merancang kehamilan ni. lebih baik pasang iucd dari expecting the unexpected kan. kena betul2 ready bab ni.

    ReplyDelete
  6. Sis pulak yang ngeri baca, sebab Sis guna implan dalam lengan, so yang itu Sis rasa selamat.. kalau iucd ni adeii seram plak nak pasang...

    ReplyDelete
  7. takut lah, huda langsung tak guna apa2 perancangan kehamilan kaedah yang guna alat atau makan ubat ni. pandai2 sendiri jer... hihi

    ReplyDelete
  8. takut tengok ya. Kadang2 tertanya, susah ke nak cegah kehamilan ? i mean, entahlah. maybe sbb sy belum kahwin jadi sy rasa mcm senang je nak cegah kehamilan. hahahahhahaa

    ReplyDelete
  9. Bila baca bab kene periksa sendiri ada benang ke tak, adoii ngilu tiba-tiba..hehee..seram lerr

    ReplyDelete