3 Perkara yang Perlu Diketahui oleh Ibu Mengandung Jika Bersalin di Hospital Semasa Tempoh PKP

3 Perkara yang Perlu Diketahui oleh Ibu Mengandung Jika Bersalin di Hospital Semasa Tempoh PKP | Pergerakan agak terbatas semasa tempoh PKP ni kan? Semua urusan yang perlu dilakukan menjadi agak sukar akibat gejala Covid-19 menular di Malaysia. Salah satunya, apabila para ibu hendak bersalin semasa dalam tempoh PKP ni. Jika negara tidak dilanda pandemik sekalipun, bermacam-macam jugak masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu mengandung semasa hendak bersalin. Apatah lagi tarikh due bersalin jatuh pada musim Covid-19 ni. Bersediakah ibu-ibu yang sedang menghitung hari untuk beranak, semasa perintah kawalan pergerakan ini dilaksanakan? 

Di sini Min kongsikan pengalaman bersalin semasa tempoh PKP dari Puan Anies Surianie menerusi Facebook personal beliau yang boleh dijadikan panduan untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan bayi bagi menghadapi persediaan bersalin semasa tempoh PKP ni.

Gambar sumber Google


Perkara yang Perlu Ibu-Ibu Tahu, Bersalin Semasa PKP di Hospital 

Seperti yang kita sedia maklum, apa jua urusan yang dilakukan, kita perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Pada ibu-ibu yang bakal bersalin, anda perlu ketahui perkara ini semasa anda berada di hospital :

#1 Tiada Peneman Dalam Labour Room

Walaupun beranak anak pertama, kedua atau keberapa sekalipun, suami atau waris tak boleh masuk menemai anda. Suami atau waris hanya boleh hantar di pintu wad bersalin sahaja. Be ready ye ibu-ibu yang tengah menunggu hari. Kalau boleh sediakan mask, kot-kot nurse di hospital tempat anda meminta pakai mask sebelum masuk wad bersalin.

Jangan panik. Kawal pernafasan dan belajar curi nafas supaya tak mudah penat. Jangan nangis dan jangan menjerit. Beri perhatian apa yang nurse hendak cakap semasa di dalam labour room. Ketika itu hanya nurse sahaja yang boleh membantu kita.

Suami hanya boleh menunggu di depan pintu wad bersalin dan bersedia untuk azan atau iqamat anak di depan pintu tu sahaja. Para suami langsung tak boleh jenguk isteri masa di labour room. 

Menurut Puan Anies, hanya seorang nurse sahaja yang menyambut baby beliau ketika itu. Kebetulan semasa Puan Anies sampai sahaja, labour penuh dengan ibu-ibu yang hendak bersalin pada waktu yang sama. Hanya katillah yang menjadi tempat Puan Anies berpaut untuk mendapatkan kekuatan. 

#2 Tiada Peneman Siang Dan Malam Dalam Wad

Anda perlu sediakan barang baby dan ibu secukupnya. Kelengkapan untuk kegunaan semasa berada di dalam labour room dan juga di dalam wad. Packing siap-siap supaya mudah para suami hendak bawa barang yang sudah disediakan terlebih awal. Kalau ada GDM atau terpaksa beranak secara emergency pun, anda kena prepare kelengkapan awal-awal.

Paling penting, anda perlu bersedia untuk persiapkan ilmu cara menyusukan bayi. Apabila anda di dalam wad nanti, hanya susu ibulah merupakan senjata utama untuk tenangkan baby kerana tiada suami atau ahli keluarga di sisi untuk menolong menenangkan baby jika si ibu penat. Nurse telah berpesan pada Puan Anies untuk meletakkan tisu di dalam pampers baby supaya mudah untuk memantau sama ada  baby sudah kencing atau belum. Sebagai makluman, setelah bayi kencing, barulah bayi anda dibenarkan discharge dari hospital jika tiada apa-apa masalah kesihatan. 

Walaupun kelahiran kali ini merupakan yang kedua, Min percaya bukan sahaja Puan Anies yang menghadapi kesukaran, malahan ibu-ibu mengandung yang lain juga struggle seorang diri di wad bersalin. Terpaksa uruskan diri dan jaga baby sendiri. Puan Anies merasakan dirinya dah cukup kuat pada masa itu, tetapi setiap kali bergerak, menitik jugak lah air mata beliau. Tambahan pula, menurut Puan Anies, ketika berada di wad itu beliau mengalami rengat. Rengat itu bermaksud terasa seperti hendak melahirkan seorang lagi baby. 

#3 Tiada Pelawat Dibenarkan Masuk Sama ada Pada Waktu Pagi dan Petang

Kalau suami atau ahli keluarga anda hendak kirim bekal makanan yang dibawa dari rumah, suami atau ahli keluarga hanya dibenarkan hantar pada guard di pintu masuk wad bersalin sahaja. Beg-beg baju pun, guard yang tolong bawa masuk atau bawa keluar semasa hendak discharge.

"Nasib baik bersalin di Hospital Tunku Azizah (HTA), dapatlah jugak tengok muka suami menerusi tingkap wad ibu dan anak itu. Nak wat muka sedih tak sampai hati pulak, kita senyum jela tanda kita okey dah tak sabar nak balik duduk di rumah," kata Puan Anies. 

"Buat ibu-ibu seperjuangan yang sedang menunggu hari, be prepared be ready. Bawa barang yang rasa betul-betul diperlukan, secukupnya. Penuhkan ilmu menyusu di dada. Jangan mengeluh gais. Kita kuat kerana kita wanita. Mintak suami dan family doakan proses bersalin dipermudahkan," kata Puan Anies lagi. 

Selamat berjuang!

Gambar sumber dari facebook Puan Anies


Post a Comment

15 Comments

  1. Bagus juga ada post macam ni. Ada pernah seorang kawan sis nak bersalin masa PKP. Dia pun kena buat Covid Test dulu sebelum masuk wad. Tapi tu lah takde peneman pulak kat labour room yang lazimnya suami boleh masuk.

    ReplyDelete
  2. Saya baca title awal2 tu pun dah macam wow.. semua tiada.. tiada... bertabah la para ibu semua. Anda semua memang hebat

    ReplyDelete
  3. Moga insan yang bakal bergelar ibu atau yang dah ada experience bersalin dipermudahkan urusan. Kita fikir yang baik-baik, Insyaa Allah.

    ReplyDelete
  4. Sebab tu fikir banyak kali nak pregnant sekarang. Kene sorang2 semua..huhu

    ReplyDelete
  5. Sama macam my friend. Beranak sengsorang, masuk wad pun sengsorang. Nasib baby and mum takde masalah maka boleh keluar wad awal.

    ReplyDelete
  6. Itulah dia kan musim covid ni. Utk keselamatan tpksalah ibu sendiri di wad. Kena byk sabarlah buat ibu2 yg tpksa berpantang di wad.

    ReplyDelete
  7. Dugaan betul bersalin time PKP ni.. jangan kata bersalin, masuk wad pun sama.. Sis ada masuk wad time Tonsil dan dalam PKPB.. mmg tak boleh semua naik atas melawat.. bertabah aje laaa

    ReplyDelete
  8. oh wish all the mothers giving birth smoothly in this difficult time. Mother do stay strong and positive for healthy babies

    ReplyDelete
  9. Situasi agak berbeza bersalin ketika PKP. Keadaan tiada peneman tu mmg terasa sangat.

    ReplyDelete
  10. Bagus artikel ni sekurang-kurangnya sangat membantu bagi mereka yg bakal bersalin musim pkp ni

    ReplyDelete
  11. sy doakan kepada ibu yang bakal bersalin sewaktu pkp ni semoga segala urusan dipermudahkan

    ReplyDelete
  12. Kalau bersalin anak pertama. Mesti ibu sedih. Tapi tak mengapa. Besar pahala. Sabar itu indah. Amalkan zikir dan selawat ke atas nabi. InsyaAllah akan lebih bersedia.

    ReplyDelete
  13. very informative helpful sharing for pregnant mummies to prepare, gonna sharing this with my colleague who is due for baby delivery next month. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  14. bagus tips ni boleh jadikan panduan untuk para ibu lebih lebih lagi yang first time

    ReplyDelete
  15. Sedih juga kan especially time bertarung nyawa untuk lahirkan baby, nak juga ada parent or suami untuk teman kan, lagi2 time dah lepas bersalin.. Good information ni!

    ReplyDelete