Kadar Bacaan HB Normal Untuk Ibu Hamil Dan Cara Menaikkan HB

Kadar Bacaan HB Normal Untuk Ibu Hamil Dan Cara Menaikkan HB | Apakah itu HB? Berapakah kadar bacaan HB normal untuk ibu hamil? Apakah bahaya HB ini? Bagaimana cara menaikkan HB pada ibu hamil? Di dalam artikel ini akan menyampaikan info-info berkaitan HB terhadap ibu mengandung. Moga ianya dapat memberi manfaat.
HB Normal Untuk Ibu Hamil

Apakah Itu HB?

HB adalah singkatan untuk Hemoglobin. Anemia atau kurang darah adalah suatu keadaan apabila jumlah sel darah merah (hemoglobin) berada di bawah paras normal. 

Hemoglobin merupakan molekul protin di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. 

Dalam keadaan normal 100 ml darah mengandungi 15 gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen. Terdapat beberapa cara bagi mengukur kandungan hemoglobin dalam darah, kebanyakannya dilakukan secara automatik oleh mesin yang direka khusus untuk membuat beberapa ujian terhadap darah. 

Di dalam mesin ini, sel darah merah diceraikan untuk mengasingkan hemoglobin dalam bentuk larutan. Hemoglobin yang terbebas ini dicampur dengan bahan kimia yang mengandungi cyanide yang mengikat kuat dengan molekul hemoglobin untuk membentuk cyanmethemoglobin. 

Dengan menyinarkan cahaya melalui larutan cyanmethemoglobin dan mengukur jumlah cahaya yang diserap (khususnya bagi gelombang antara 540 nanometer), jumlah hemoglobin dapat ditentukan. 


Berapakah Kadar Bacaan HB Normal?

Aras hemoglobin biasanya ditentukan sebagai jumlah hemoglobin dalam gram (gm) bagi setiap dekaliter (100 mililiter). Aras hemoglobin normal bergantung kepada usia, awal remaja, dan jantina seseorang itu. 

HB Normal Untuk Ibu Hamil

Aras normal adalah :

Baru lahir : 17-22 gm/dl 

Usia seminggu : 15-20 gm/dl 

Usia sebulan : 11-15gm/dl 

Kanak-kanak: 11-13 gm/dl 

Lelaki dewasa: 14-18 gm/dl 

Wanita dewasa: 12-16 gm/dl 

Lelaki separuh usia: 12.4-14.9 gm/dl 

Wanita separuh usia: 11.7-13.8 gm/dl


Berapa Pula Kadar Bacaan HB Untuk Ibu Hamil?

Anemia pada ibu hamil dapat disebabkan karena perubahan produksi sel darah saat hamil. Nilai Hb (hemoglobin) normal pada wanita hamil menurut World Health Organization (WHO), kadar Hb atau tekanan darah normal ibu hamil sekitar 11 gram/dL. 


Bagaimana HB Boleh Berlaku?

Penyebab HB terjadi apabila paras hemoglobin menjadi rendah. Ia merupakan satu keadaan yang dikenali sebagai anemik. Terdapat beberapa sebab berlakunya anemia. Sebab utama biasanya kehilangan darah (kecederaan teruk, pembedahan, pendarahan kanser kolon), kekurangan vitamin (besi, vitamin B12, folate), masalah sum-sum tulang (penggantian sum-sum tulang oleh barah, pemendaman oleh rawatan dadah chemotherapy, kegagalan buah pinggang (ginjal), dan hemoglobin tidak normal (anemia sel sabit). 

Paras hemoglobin yang tinggi pula terdapat dikalangan mereka yang tinggal di kawasan tanah tinggi dan perokok. Pendehidratan menghasilkan kadar hemoglobin tinggi palsu yang hilang apabila kandungan air bertambah. 

Sebab lain adalah penyakit paru-paru, sesetengah ketumbuhan, masalah sum-sum yang dikenali sebagai polycythemia rubra vera, dan penyalahgunaan hormon erythropoietin (Epogen) oleh ahli sukan bagi tujuan meningkatkan prestasi dalam acara sukan masing-masing.


Apakah Bahaya HB Rendah Ini Pada Ibu Hamil?

Kadar hemoglobin atau Hb normal ibu hamil perlu diperhatikan dan dijaga. Kekurangan Hb dalam darah akan mengakibatkan gangguan kehamilan . Anemia pada ibu hamil bererti rendahnya kadar Hb pada darah yang dapat membahayakan kehamilan. 

Menjaga kadar hemoglobin atau Hb tetap normal itu penting demi kesehatan ibu hamil dan janin dalam kandungan. Antara peraka yang boleh berlaku apabila tekanan darah rendah terhadap ibu hamil ini adalah :

- Letih dan lese selalu, tak ada tenaga

- Keguguran

- Berlaku tumpah darah ketika bersalin

- tumbesaran bayi menjadi terbantut

- Kelahiran bayi kurang berat badan

- Bayi boleh meninggal dalam kandungan

- Postpartum Depression (meroyan)

- Kematian ibu 


Bacaan HB Normal Untuk Ibu Hamil

Cara Menaikkan HB Pada Ibu Hamil 

1. Makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging, hati ayam, limpa, kerang, ikan, sotong, dan ikan bilis.

2. Ambil dan makan vitamin-vitamin yang dibekalkan oleh doktor. Empat vitamin yang selalu di beri pada setiap wanita mengandung adalah pil zat besi , pil asid folik, pil vitamin C dan pil vitamin B kompleks.

3. Elakkan kafein dan makanan  yang menghalang penyerapan zat besi. Elakkan meminum atau memakan bahan yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, minuman berkola, atau minuman bercoklat, terutamanya dalam tempoh 2 jam makan vitamin tadi.

4. Lebihkan makanan yang boleh membantu penyerapan vitamin dan zat besi.

5. Sentiasa mematuhi rutin pemeriksaan dengan doktor mengikut tarikh yang telah ditetapkan. 

Kadar Hb perlu dijaga agar selalu normal selama kehamilan. Kadar Hb yang rendah harus mendapatkan rawatan dari doktor segera.


Post a Comment

13 Comments

  1. Sis pernah kena anemia tapi bukan masa mengandung. Zaman mengandung ni nak kena jaga betul-betul. Semua nak kena ambil tahu sebab boleh effect juga kesihatan baby dalam kandungan. Nak kena makan yang berkhasiat juga.

    ReplyDelete
  2. Nice sharing sis. Info yang bagus buat para ibu dan juga ayah-ayah untuk ambil tahu mengenai kesihatan ibu mengandung

    ReplyDelete
  3. Good information sharing. I never thought about this before. Thank you for sharing this knowledge with me.

    ReplyDelete
  4. This is a great information and sharing. Many parents-to-be, father to be and mum to be that will be benefitted from this piece of information.

    ReplyDelete
  5. Memang kakau hb rendah macan2 boleh jadi kat ibu mengndung. So kenela ambik vitamin atau makanan yg boleh buat hb naik

    ReplyDelete
  6. Lengkap infonya. Baru tahu secara terperinci. Ibu kn banyak makan makanan sihat dan vitamin kan.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulilah, sepanjang hamil tiga-tiga anak, takde masaalah sampai laa melahirkan.. cuma kena jaga pemakanan..

    ReplyDelete
  8. Penting utk ibu hamil amik tahu ttg masalah yg sering berlaku utk ibu hamil anaemia. Kena cari solusi terutama melalui pemakanan

    ReplyDelete
  9. nice sharing. dulu time pregnant pun huda hadapi masalah ni. memang susah hati kan kena cek banyak kali kat klinik dan makan ubat macam2

    ReplyDelete
  10. Thanks for the information, last 5 points sangat penting dan boleh digunakan as rujukan in the future.. ataupun share dengan family and friends yang expecting to be mother soon.. (Y)

    ReplyDelete
  11. Masa mengandung jer jaga paras HB , la ni tak kisah apapun. Tapi ini satu panduan yang sangat bagus buat ibu2 zaman sekarang...baca jugak supaya boleh sampaikan pada orang lain...info yang sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  12. HB rendah bg ibu2 mengandung mmg biasa, sama gak yv darah tinggi. Mcm kak masa mengandung mmg hb rendah tp taklah teruk sgt jd kena rajin makan vitamin

    ReplyDelete
  13. Memang penting kannn kena paras normal HB ni terutama buat ibu mengandung. Kena jaga pemakanan paling penting

    ReplyDelete