Doa Turunkan Tekanan Darah Tinggi | Hypertensi atau Tekanan Darah Tinggi boleh dirawat tanpa ubat-ubatan jika ia masih berada pada peringkat awal. Petua orang dulu memang banyak, lagi-lagi dalam hal penjagaan kecantikan dan kesihatan. Ubat darah tinggi cara tradisional paling mujarab dan tanpa kesan sampingan seperti doa, jaga pemakanan dan lakukan senaman untuk darah tinggi.
Apakah doa untuk stabilkan tekanan darah tinggi? Bagi yang sedang mencari doa turunkan tekanan darah tinggi, di sini akan dikongsikan beberapa doa yang sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu doa kesembuhan darah tinggi.
Doa ini boleh juga di anggap sebagai petua menurunkan tekanan darah tinggi dikalangan mereka yang yakin dengan doa-doa dari ayat Al-Quran.
Risiko untuk mendapat komplikasi meningkatnya tekanan darah (darah tinggi) ini adalah golongan dalam kumpulan yang berikut:
- Umur yang lebih tua
- Lelaki Gemuk atau obesiti
- Perokok
- Paras kolesterol yang tinggi
- Mengidap diabetes
- Tidak aktif secara fizikal
Berikut dikongsikan doa merawat tekanan darah tinggi dari Al-Quran. Doa merawat tekanan darah tinggi ini seeloknya harus diamalkan pada setiap masa terutama sekali selepas menunaikan solat lima waktu ( fardu )
1 - Baca surah Al - Fatihah - 1 kali
2 -Baca surah Al - Hasyr - 1 kali - ayat 21 - 24
3 - Selawat syifa - 1 kali
4 - Doa merawat tekanan darah tinggi
1. Baca surah Al - Fatihah - 1 kali
Maksudnya :
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, Bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
2 -Baca surah Al - Hasyr - 1 kali - ayat 21 - 24
Maksudnya :
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
3 - Selawat syifa - 1 kali
4 - Doa merawat tekanan darah tinggi
Doa Darah Tinggi Ustaz Sharhan
Ini pula doa untuk penyakit darah tinggi, lemah jantung, kencing manis dan sendi/gout yang dikongsikan oleh Ustaz Sharhan menerusi akaun Facebook
Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Jangan ambil ringan jika ada tanda darah tinggi, kena beringat selalu lebih-lebih lagi yang sudah meningkat usia. Selain daripada amalkan doa di atas, perlu juga jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sihat.
1. Kurangkan pengambilan garam
2. Makan lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin
3. Elakkan dari ambil apa-apa perasa yang ada dalam makanan seperti sos cili, kicap, kuah salad, mayonis, sos tomato dan banyak lagi.
4. Minum air kelapa segar
5. Minum air rendaman asam keping
6. Minum air limau kasturi atau limau nipis
7. Menghidu buah limau atau buah-buahan citrus
8. Makan bawang putih
9. Makan tembikai pada waktu pagi
10. Makan buah berry
11. Minum jus buah (ubi) bit
12. Makan coklat hitam
13. Berhenti merokok
14. Kurangkan berat badan
Itulah info termasuk doa darah tinggi Ustaz Sharhan dan petua menurunkan tekanan darah tinggi secara semulajadi tanpa makan ubat. Semoga artikel ini dapat bantu memberi di luar sana.
Kredit : https://mdruzaidaud.blogspot.com/
1 Comments
Tekanan darah tinggi jangan dibuat main..Bagus amalkan surah ni
ReplyDelete